Utama Direktori Halal Aduan

Info Halal

   Ingin Makan di Hotel?
   Senarai fatwa berkaitan halal
   Portal Islam Grid

     Artikel
Maklumat e-Halal Guna SMS Dilancar
Mulai 8 Februari 2006, orang ramai boleh menyemak status halal sesuatu produk di pasaran menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila sistem e-Halal mula dilancarkan pada tarikh berkenaan oleh Y.B Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Y.B Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri dan Dato’ Mustafa Abd. Rahman, Ketua Pengarah JAKIM.

e-Halal adalah merupakan sistem yang menyalurkan maklumat pengeluar produk makanan dan produk gunaan halal yang telah memperoleh sijil halal daripada JAKIM lengkap dengan maklumat mengenai ramuan sesuatu produk.

e-Halal juga mengandungi maklumat mengenai premis makanan dan rumah-rumah sembelihan yang mempunyai sijil halal daripada JAKIM.

Untuk menyemak status sijil halal sesuatu produk, pengguna boleh memasukkan perkataan ‘halal’ dan nombor rujukan halal ke dalam telefon bimbit dan menghantarkan ke sistem e-Halal JAKIM. Nombor SMS yang digunakan semasa membuat pendailan kepada e-Halal JAKIM ialah 32728. Setiap nombor ini merupakan nombor pertama yang terdapat pada butang telefon bimbit yang memaparkan huruf ‘D’, ‘A’, ‘P’, ‘A’ dan ‘T’. Ini bermakna pengguna hanya perlu mengingatkan perkataan ‘DAPAT’ untuk mendapatkan nombor yang perlu didail kepada JAKIM.

Selain itu, bagi meningkatkan industri halal di Malaysia, sebuah Kompleks Halal Negara yang mengandungi Institut Halal, Makmal Halal, Pusat Pentadbiran Halal, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan serta Pusat e-Halal akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai sistem ini, pengguna boleh melayari Portal Halal Jakim melalui laman web http://www.halaljakim.gov.my.

Turut diadakan sempena Majlis Pelancaran e-Halal ini ialah Pameran produk-produk halal selama dua hari bermula 8 hingga 9 Februari 2006. Orang ramai yang hadir ke pameran ini berpeluang untuk menyertai kuiz halal yang disediakan oleh JAKIM dengan hadiah bernilai lebih RM30,000.00.

 
Print Format
Pengirim:     Tarikh:   13/02/2006   Capaian :   11393

SIJIL HALAL TERBARU YANG DILULUSKAN
[SENARAI SYARIKAT]


Artikel Pilihan
Buletin Halal
Fatwa Halal
Badan Islam
Soalan Lazim
Glosari
Additives
Hiperrangkai
Galleri Foto


   STATISTIK

Bumiputera %
--> Multinasional 144 29
--> Ind. Kecil Dan Sederhana 719 38
--> Industri Kecil 1083 47
Non-Bumiputera %
--> Multinasional 352 71
--> Ind. Kecil Dan Sederhana 1190 62
--> Industri Kecil 1216 53
Jenis Permohonan
Produk 5618
Premis
1051
Rumah Sembelih
117

Portal JAKIM   |   Direktori Halal   |   Badan Islam   |   Glosari   |   Additives   |   Soalan Lazim



Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Statistik Pelawat[1918807]
PENAFIAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kerugian atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui portal ini, termasuk maklumat yang disalurkan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

versi 2.0