.: www.halal.gov.my :.
Utama Direktori Halal Aduan
 

Info Halal

   Ingin Makan di Hotel?
   SMS Halal
   Senarai fatwa berkaitan halal
   The Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA)
   Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)



      
  Borang Aduan >>[ Klik Di sini]



Aduan :
 


Jumlah : 469 - Halaman 1 dari 94

Aduan
1. Salam,
Saya mendapat emel berkenaan dengan status halal bagi produk daripada Coffee Bean dan Starbucks.Saya Lampirkan disini isi kandungan e-mel tersebut :-
Starbucks HARAM,
ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAM Z AH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contain E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork).

Raspberry Frap uses cherries that have been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

Please pass this message to our Muslim friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA

Saya amat berharap Pihak Jakim dapat mengulas dengan lebih lanjut.Sekian,terima kasih. 
2. Assalamualaikum wbr.

Saya mencadangkan supaya pihak JAKIM terus menerajui Persijilan Halal. Saya bimbang jika badan lain seperti (HDC)? atau badan-badan lain, pengeluaran Sijil Halal mungkin lebih kepada pertimbangan perniagaan (business) semata-mata dan bukan lagi sebagai tuntutan hukum syarak. Saya adalah salah seorang Ahli Panel Melulus MGI Negeri Sabah di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Dalam pemerhatian saya, banyak isu yang masih menyelubungi pelaksanaan persijilan halal di negara kita. Antaranya ialah pemahaman masyarakat Islam sendiri tentang halal haram, dan sistem kawalan ke atas penggunaan logo halal agak longgar. Ada syarikat yang menggunakan logo halal sedangkan belum mendapat kelulusan halal. Penguatkuasaan juga adalah agak lemah. Saya difahamkan bahawa pihak JAIN tidak ada kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak yang menyalahi persijilan halal contohnya menggunakan logo halal tanpa kelulusan. Mohon supaya satu dasar halal yang komprehensif diwujudkan supaya umat Islam di negara ini khususnya terhindar daripada termakan makanan yang haram atau subahat. Kita semua fahami bahawa salah satu punca kekalutan umat Islam di dunia pada hari ini adalah disebabkan oleh makanan atau hasil/cara memperolehi makanan tersebut. Seperkara lagi, mohon paparkan contoh-contoh logo dari luar negara yang diiktiraf oleh pihak JAKIM sebagai rujukan umat Islam di negara ini. Akhir sekali, mohon pihak JAKIM paparkan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan atau aduan-aduan yang diutarakan oleh orang ramai melalui website ini untuk makluman dan rujukan semua. Sekian Wassalam.
 
3. Assalamualaikum, Saya musykil pada MACKEREL DALAM SOS TOMATO diimport oleh CHERN CHANG CHAN HOLDINGS SDN BHD beralamat Lot 865, Jalan Kampung, Kampung Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan. Harap pihak tuan dapat memastikan produk ini halal atau tidak? Kerana apabila saya periksa bar code di darektori pihak tuan tidak dapat dikenalpasti. (9555044400930)  
4. Diminta pihak Jakim dapat mengesahkan status kehalalan produk Old Town White Coffee 3 in 1 Classic (no. kod bar # 9555076303001) dan Old Town White Milk Tea 3 in 1 (no. kod bar # 9555076303018) yang dikilangkan oleh White Cafe Sdn. Bhd. dan beralamat di No. 1, Persiaran Tasek Timur 6, Taman Medan Bercham, 31400, Ipoh, Perak. Saya inginkan kepastian. Sekian dan terima kasih. 
5. Harap dapat periksa kembali sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat cocoaland yang mengeluarkan lot100 gummy yang dijual berleluasa dengan harga yang murah. kandungannya meragukan kerana mengandungi GELATIN yang ditulis HALAL. harap dapat perhatian. 
[ 1 ,2 ,3 ,4 ,5 ] Next : Last




Hak Cipta Terpelihara www.halaljakim.gov.my
Statistik Pelawat[1146332]
]
PENAFIAN
Kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kerugian atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui portal ini, termasuk maklumat yang disalurkan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

versi 2.0